Rabu, 25 Ogos 2010

karangan jiwa.

dia terlalu teruja bila cerita tentang hal orang.
dia terlalu taksub bila mengata itu ini.
tidak mengapa katanya.
asalkan dia rasa puas.
walaupun entah siapa2 yang lalu dihadapanya,
turut dijadikan bahan.
asalkan dia boleh ada-adakan topik.
untuk bercerita.
agarkan suasana antara mereka2 tidak terlalu boring.

dan apabila hal dia disentuh.
dia melenting.
lalu mengatakan mereka2 semua tidak paham.
lalu mengatakan kawan2 semua tidak mengerti.
dan bila ditanya mengapa begitu,
dia diam.
bukan tanda marah kerna orang mengambil tahu hal dia.
bukan tanda malu kerana sifat peribadinya.
kerana kesal.
kesal kerana tidak mampu memberikan gambaran jelas akan keaadaan dirinya sendiri.
dia rasakan, segala apa yang kamu2 katakan tentang dia,
segalanya salah sama sekali.
segalanya palsu belaka.
kerana menurutnya,
tiada satu antara kamu2 mengenali dia sedetailnya.
jika dilihat dari sudut fizikal,
dia serba lengkap.
oh. orang kata, dia ada keluarga yang senang.
keluarga dia boleh membantu.
oh. dia ada itu sebab mak dia bagi duit.
dia ada ini sebab bapak dia bagi.
ok. kalau saya jadi dia, dah tentu saya tak payah bersusah payah bekerja.
mungkin dia punya impian lain. dan kalian tidak nampak.
dia nekad untuk tetap tidak akan memberitahu kenapa dia marah bila dikatakan sedemikian.
menurut dia, jika mau diceritakan.
pasti x cukup muka surat..
yang pasti,
yang selalu dia katakan.
belum ada yang pernah memahami dirinya..







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen-komen.