Ahad, 26 September 2010

mencari sesuatu untuk terbang dari kiub comel

entry tiada kena mengena dengan tajuk memang membosankan.
okai, aku tau yang aku sangat senyap sejak aku dah bekerja.
aku semacam melarikan diri dari dunia luar, dan memeruk diri dalam rutin harian.

selamat hari raya diucapkan kepada semua. (jika dan hanya jika ucapan ini masih diterima)
mungkin dah lambat. sorry, sebab mood raya memang kurang.

sampai ketika dan saat ini, aku masih pening. dan saat dan ketika ini jugak, aku masih memerap diri. kalau boleh aku taknak pun berhubung dengan dunia luar. maaf ye kawan2, aku bukan x nak joint korang semua pergi beraya sana sini, tapi masa kerja aku x menentu. dan bagi sesiapa yang ajak aku keluar, pasti aku tolak. maaf banyak2 sebab aku sangat segan dengan korang2.
aku x tau kenapa aku harus rasa macam ni. kedengaran out-dated sket alasannya.

alasannya ;
ok, aku segan sebab aku bukan budak degree cam korang.
kuno kan aku?
biler aku berada dengan korang2,
pergh!! giler rase cam ____ (susah nak describe)

tambahan ; aku sekarang xde telinga yang boleh tadah dengar aku bercakap.
dan aku jarang bercakap pasal2 aku kat orang, so sini jelah tempatnya. mulai hari ini.

aku quote dari ixwan omar ;
semua dah GONE!!!!

Isnin, 13 September 2010