Sabtu, 25 Jun 2011

in relationship and its complicated 1

aku sedang melayari facebook, dan aku lihat status terbaru dua manusia
. "____" is in relationship and its complicated..

untuk seorang member tanpanama, aku gembira..
walaupun complicated, tetap in relationship kan?
dan aku tekan butang "like". dan ucapan "tahniah".

.....
yaa!
tahniah untuk kamu.



*aku penah post ni dah lama dulu ;
cuma warm up untuk cuba terus jadi seperti dahulu :
sentiasa mencatat ;

Jumaat, 24 Jun 2011

Mulai hari ini ; aku harus ;

percaya yang apa-apa masalah pun dalam hidup, itu semua ujian. Kalau kita nak, mesti kita berjaya melaluinya ;

Isnin, 20 Jun 2011

entry ; penat

kehadapan ibu bapa, adik beradik, kawan2, kekasih hati, diri sendiri dan lain2 ;
entry saya hari ini bertajuk ; entry penat ;
saya sangat mau minta tolong anda semua supaya berhenti penatkan saya ;
bukan mahu mengungkit ; tapi untuk hari ini saja ; saya minta ;
saya minta supaya si nafsu diri supaya berhenti berfikir untuk beli itu ini ;
sebab saya sudah penat untuk menghitung2 dalam kepala hotak ;
saya mau suruh nafsu marah saya supaya cukup2 dengan perasaan itu ;
sebab saya sudah penat menahan kemarahan ;
marah2 juga saya penat ; tapi saya susah berhenti ;
saya pohon supaya cik-cik yang disayangi supaya cepat men-setelkan lesen anda;
sebab saya dah tak larat nak jadi driver ; kadang2 masa tidur pun tak cukop ;
saya minta kepada sang pembunyi telefon bimbitku, buat seketika, berhenti mendail ;
sebab buat masa ini, saya tak berminat untuk bercakap ; mau apa lagi?
saya minta buat kawan2, sahabat2, musuh2 dan lain2, berhenti bertanya dimana aku?
kerana sebetulnya anda memang tidak memerlukan saya ;
kepada encik yang sedang menyiapkan kerja tuntutan universiti,
semoga berjaya ;
kerana pada waktu ini, saya memang kurang ada mood untuk men-semak huruf2 yang besarnya boleh menyakitkan mata ;
sementara yang saya minta ;
berhenti ;
kerana hari ini hari penat ;
menunggu ;
berita yang tak sampai2 ;
dan yang terakhir ;
kepada sang mulut dan cik badan ;
berhenti mengunyah, berhenti membesar ;
sebab sudah penat dan semakin lelah ;
untuk membawa kamu ; ya kamu ;

oh sebelum terlupa ;
selamat hari bapa ;
terima kasih kerana tidak memberi itu ini yang aku minta2 dulu ;
kalau tak, mungkin sehingga sekarang aku hidup meminta-minta ;

Ahad, 12 Jun 2011

tanpa kawan saya :

sebelum tu layan video ni dulu ;)



ok ;
saya suka kenyataan diatas ;
saya ada cuma beberapa kawan ;
kawan lepak2 paling ramai dalam beberapa tu ;
dan kawan lepak2lah yang paling banyak  menyusahkan saya;
dan bila saya susah ; mereka lesap ;

soulmate?
ya ;
setiap tempat aku belajar ; ada satu ;
sebab sampai sekarang kita takde masalah ;)
kalau ada pun kita boleh manage ; )
kan?
anda tahu siapa anda ;

terima kasih kawan ;

*tanpa kawan ; saya bukan azira nur binti anhar ;)

Jumaat, 3 Jun 2011

menghilang ;

berdasarkan title diatas ; 
aku tidak sebenarnya ; 
cuma aku sibuk menghadapi realiti ; 
yang mana, baru aku akui bahawa realiti itu menyakitkan ; 
realiti itu bakal membuat aku lebih menjadi aku ; 
kerana ; pada saat2 sekarang ; 
aku hampir2 mau lari dari kehidupan yang sebenar ; 
kehidupan yangg sebenar yang sama dalam angan2 aku ; 
iaitu ; aku akan pergi untuk sambung pengajian ; pada bulan lapan tahun dua ribu sebelas ; 
dan bukan bulan lapan tahun dua ribu dua belas ; 
adakah ini adalah satu khabar untuk mengejutkan bahawa aku bukan dalam angan2 lagi ; 
bagi aku , ikhtiar aku sudah cukup ; mungkin tidak mencukupi ; 
aku mulakan dengan begitu awal sebab takut terlambat ; 
akhirnya menjadi yang terawal menyebabkan aku dikejar untuk menjadi yang terakhir ; 
aku masih mencari ikhtiar untuk aku pergi tahun ini ; 
itu semua kerja tuhan ; apa pun berlaku ; aku terima 

Sejak aku terima surat yang mengatakan total fee untuk tahun kedua ( transfer kredit ) adalah 20k lebih  banyak seperti dijanjikan ; aku buntu ; 
sebab pada awalnya ; aku budjet aku mampu untuk half2 dengan parents ; 
tapi berita semacam itu buat aku jadi huru-hara ; 
seminggu otak aku bercelaru ; 
seminggu aku tidur dengan tanda tanya ; 
semniggu aku bangun kesat air mata ; 
sehingga sekarang ; aku cuma mampu ; berserah ; 
aku tau ini semua kerja dia ; 
tapi bila aku tengok sorang kawan aku dulu ; 
tak susah macam aku pun ; 
kenapa aku? 
penat aku fikir ; 
tapi sudahnya ; 

mama sampai nak buat pinjaman ; 
aku tak bagi ; 
sebab aku berhak dapat offer seperti yang dijanjikan ejen EE tu ; 
aku cakap, kalau bukan harga yang dia bagi mula2 dulu, aku tak nak ; 
bukan aku tak appreciate apa yang mak aku buat ; 
kalau nak ikut, aku tak payah nak pening2 macam sekarang dah ; 
tapi inilah aku ; 
tak suka susahkan orang lain ; 
dan kalau boleh ; apa yang aku ada dan apa yang akan aku dapat ; 
bermula dengan titik peluh aku sendiri ; 
dengan susah payah aku sendiri ; 

dan ya ; aku sedang bersusah ; hati 
berpayah ; fikir ; 
dan semua angan2 aku ; tak akan jadi realiti ; 
kalau aku tak jumpa ajen lain by next week ; 

dan inilah sebab aku menghilang ; 
terima kasih