Ahad, 26 Disember 2010

What's the best gift you've ever received?

a guitar? when i was 19 ;)

Ask me anything

udara ; sunset

dua puluh lima ; saya lambat bangun untuk kerja ;

permulaan hari yang hebat ;

hebat ;

dan dihebatkan lagi ; dengan angin PD yang sempoi ; 

terima kasih cik Sandy  kerana sudi teman2kan saya ; 
kalau boleh, saya nak ada orang hari2 temankan saya ;
hari2 temankan saya borak ;
hari2 temankan saya makan ; 
hari2 temankan saya minum2 kat mapley ;
bukanlah setiap masa ; 
tapi dalam satu hari ; sekali 

tapi memang tak bolehlaaa ;(

Saya berjanji di masa lapang ; saya akan datang ke sini ;
selalu2 ; walau seorang ; ini juga antara dadah hidup saya ;

Saya sukakan sesuatu yang sebegini

Cik Sandy


 



Makin gemok kan? haaaiissshh



Sekian ; Selamat Menyambut hari Krismes ;)



Khamis, 23 Disember 2010

semoga dapat menceriakan hari yang mendung

kata-kata semangat yang ditulis buat saya.
ya ; sangat bermakna
kerana keterperukkan saya, kejahanaman saya, keseorangan saya, kesedihan saya,
di-ubati oleh mereka.
terima kasih



Khamis, 16 Disember 2010

Selasa, 14 Disember 2010

Hotfm Twisties Bingit Musim ke 3 - Final

holla ; everybody
Maaflah ; aku suka hilang dan muncul dalam dunia blog ni. Almaklumlah kalau takda isu, takda perkataan.
hahha ; apa2 aja.

Ok ; baru2 ni aku nak sangat tengok show Modread yang jarang2 dapat tengok di HotFm Twisties Bingit Musim 3  yang sudah berakhir dengan kemenangan kumpulan TAXI, yang membuat persembahan teramat sangatlah mantap pada hari final tersebut. Tahniah buat mereka atas ke-best-an mereka ;)
Kalau korang tak percaya ; sila scroll ke bawah ok ; saya record. ngeh2.

Hotfm Twisties Bingit Musim ke 3 memang gempak ;)
tahniah ;


Shapiq Modread with Black Mentor


Faizal Tahir ; 


Tahniah TAXI ; 




Dan untuk record yang saja untuk dihebah2kan :
Setiap konsert HotFm Twisties Bingit Musim 1 hingga 3,
Aku tak pernah miss ;
haaah! kagum tak ?
hahahha

ok ; enjoy

Selasa, 7 Disember 2010

mungkin aku juga perlu buat

seperti Zahiril Adzim,

PANGGIL BALIK MOMENTUM ;

sebab aku rindukan aku yang dulu2. kalau2 menulis x cukup mukasurat. kalau2 membebel menanah2 telinga orang yang sanggup tadah telinga. hahaha.

Memanglah hidup aku sekarang tidak selengkap mana, tapi serba mencukupi untuk diri sendiri. Mungkin disebabkan mencukupi dan cukup untuk aku, tidak banyak perlu dibebelkan, dikongsikan disini kerana segala yang berlaku dalam kehidupan aku adalah sama ; dan berulang2.

So, aku akan cuba update jugak dengan segala upaya aku sebab minat aku membaca blog orang sambil men-drop komen telah pun berputik kembali. Maaflah dulu pun aku suka baca blog orang. Tapi senyap2lah. tak pernah bagi komen apa2 pun. Padahal aku bukak hari2 blog tu. Silent readerlah konon.

Syukurlah, aku dah pun jumpa buku2 koleksi pop untuk jiwa2 hadhari ;) rupa2nya ada aku letak dekat dalam satu tempat. Erm. dah aku yang salah letak, orang lain pulak aku tuduh pinjam tak pulang. Maaf ye. Aku memang seorang yang sangat gelabah kalau2 buku2 yang aku kumpul hilang.

Erm ; hampir 6 bulan aku bekerja. Ada lagi 18 bulan.
Aku harus kuatkan hati.
Aku mesti sambung belajar.
Dalam bidang ini.
Ya! dalam bidang farmasi.
Kalau2 ada siapa2 dengar aku nak sambung dalam bidang lain, sila ketuk kepala aku ok.
Dan kalau ada siapa2 tau agent untuk further study Farmasi ke Indonesia, sila tinggalkan link.
Malaysia dah takde harapan untuk aku.
Sebab aku takde 3.8.
Kenapalah aku tak pandai macam orang2 pandai?
haissshhhhh...

bebelan ikhlas ; yanot