Jumaat, 25 Jun 2010

rockers? mestilah tak.

pada suatu pagi yang petangnya aku ada test, aku bangun untuk balik ke asrama yang paling tak best dalam hidup aku. nak tak nak aku kena bangun dan balik. nasib! kebetulan papa ada kelas pagi kat UKM. So, aku tompang la die sampai komuter UKM. saving sket. leh makan banyak2. heheheh.

sesampainya kat UKM, orang pandang-pandang aku macam aku tak mandi pagi ( bodoh ya! kan memang ko tak mandi pagi). Lantaklah. Orang bukan tau pun kalo aku tak bagi tau. aku selambe badak je tunggu tren kat UKM tu. sape nak kutuk tu, silakan. 

Pastu tak lama kemudian, ada pekerja KTM tu tegur aku. Kak, akak dah lama main piano?
"gulp"!! tertelan air liur aku yang banyak nih! "bila masa pulak aku main piano? " aku buat muka tak mandi je. malas nak layan. 

Pastu tren pun sampai. Cam biasa, aku wat muke selambe aku. Bukan ada orang kenal pon.. Hahaha.. Pastu lame2 aku rase x berapa nak selesa. Ada sorang mamat ni sek pandang aku je. Pastu die carik peluang nak cakap ngan aku. "adik dah lama main musik?" aku senyum je. Malas nak panjang-panjang sebab aku belum mandi lagi. Pastu mamat tu bukak mulut lagi. " adik selalu 'jim' kat mana?". oh. aku terdiam. agak2nye jim ape yang mamat tu maksudkannye ye? oh. mungkin dia nak cakap jem/gig agaknya. So aku cakap saya main kat umah je bang. Pastu nasib baik tren cepat2 hantar aku ke tasik selatan. kalau tak, aku dah tak reti buat muka tak mandi dah...

Sampainya b.t.s, aku terus naik bas.. naik, naikn je dah kene tegur dah ngan abang drebar bas rapidkl. "adik ni rockers ke?" aku wat muke penat. malas dah nak layan. dan aku melayan perasaan dalam bas dengan harapan cepat sampai ke destinasi cinta. Hahaha.. 

Akhirnya : Bas berhenti di perhentian bas kawasan asrama aku. Aku turun je aku nampak sorang manusia yang aku cam kenal tengah tunggu bas kat bahagian seberang. Mandangkan aku pun nak beli benda makan, aku gi laa seberang sana sambil bertegur sape ngan manusia tadi. ayat pertama keluar dari mulut dia : " cam rockers la kaw". aku langsung cam xde mood. aku beredar!

aku rasa cam nak jerit. :

"apa korang dah janji ke nak panggil aku rockers pada hari aku balik asrama dengan keadaan tak mandi?"

hahah. ter-emo plak.

pastu aku jalan laa nak masuk asrama. dari jauh aku nampak sebiji kereta savvy mekap cantik punye warna merah. kereta tu selalu aku nampak. sapa entah aku tak kenal. tapi setibanya aku lalu, aku nampak sorang mamat berspek nerd, rambot jegang rebonding tengah meng-adjust kemera dslr nya. yang aku nampak menghala ke arah aku. sebab aku pandang sekeliling tak ada sapa pun.
aku blah gitu aja. sebab dah tak ada mood. dan sebab aku tau, mamat tu ada je sekitar-sekitar asrama kau ni. lambat laun ketemu jugak. 

dah laaa... banyak sangat aku membebel. macam orang tua!




ada macam rockers ke? tak kan? mandai je dorang.!!

Ahad, 20 Jun 2010

masa2 stress.

Ku bukan aku cover - tilu





akim - inikah cinta - cover






ok. dan sekarang aku bersedia untuk stress.
test 2.
ya. aku bersedia.

Rabu, 16 Jun 2010

hari-hari yag sangat konkrit

saye kira 17 hari saja lagi untuk berada di tempat yang kiranya penuh rasa kebencian.
walaupun sebenarnya tempat inilah tempat saya belajar.
tidak mengapa.
saya hanya perlu pergi ke kolej untuk:
 midsem = 2hari,
 test 2    = 1 hari ,
 final       =2 hari
 bersamaan 5 hari.
walaupun saya sangat membenci tempat ini,
tapi suatu hari nanti, pasti saya rindu.
pasti.

Isnin, 14 Jun 2010

apa mau kamu?

hidup yang sempurna.
sementara masih ada ruang,
sementara masih ada peluang,
cari kesempurnaan itu,
jangan sampai terlewat.

Sabtu, 5 Jun 2010

jika KTMB menawarkan pakej itu. pasti saya bahagia sekarang.

Semalam, aku berjalan-jalan dikota metropolitan yang terkenal. Seorang diri. ya, aku seorang diri. sedang mengharungi lautan manusia-manusia hipokrit, aku nampak dia. aku lihat dia. dari jauh . aku hanya mampu melihat dia. ya, cukup hanya sekadar melihat dia.tiada yang lebih. walau sekadar lihat dan nampak dia, aku gembira. ya, gembira. lalu aku simpan rasa-rasa gembira itu kedalam ruang yang paling dalam disuatu sudut terpencil di dalam hati. supaya aku sentiasa kelihatan 'cool' dimata dia (jika dan jika dia terlihat aku). seketika itu, dia berjalan, menyusuri lintasan buatan manusia gagah, meninggalkan aku yang masih melihat dia dari jauh, dan berlalu pergi. hilang dari pandangan mata. ya, sekali lagi, aku hanya dapat melihat dia dari jauh berlalu pergi dari pandangan mata ini dan tiada yang lebih dari sekadar melihat dia pergi.

Oleh itu, aku nampak. sebab aku munasabah lalu aku nekad untuk beredar. aku akan naik tren KTM di Seremban. ya aku akan beli tiket perjalanan yang paling awal pada hari tersebut. Aku naik tren KTM dan akan berhenti di putaran masa beberapa jam kebelakang. Oh yang pastinya kurang dari 24 jam. Bila aku berada diputaran masa dimana aku berjalan seorang diri di kota metropolitan yang sesak.

bila aku sudah sampai nanti, aku berjanji pada diri sendiri. bila dan ketika aku lihat dia dari jauh, aku tidak akan hanya sekadar melihat dan memerhati dia dari jauh. aku janji! aku janji yang a.aku akan berhadapan dengan dia.

dan yang pasti disana, aku akan berjumpa dengan diri aku sendiri yang kelihatannya sungguh  gembira disana.


## tren KTM terus menyusur laju ke destinasi seterusnya ##

Selasa, 1 Jun 2010

cerita dulu2.

dulu aku besar, gemok, rambot pendek, rambot kembang. ni masa aku sekolah rendah. aku sangat segan nak berkawan sebab fizikal aku ni. dan segala perkataan yang boleh menggambarkan betapa down nye diri aku. 

aku bukak cerita lama ni sebab 3/6/2010 diorang buat reunion. First impression : Excited giler. Beriya-iya aku nak sangat pegi. Tapi bila aku ingat-ingatkan balik, aku yang dulunye macamana, sekarang dah lain. dan lepas sekolah rendah aku langsung tak pernah jumpa / contact budak-budak tu lagi. Segan jadinya. 

Tetiba aku rasa cam tak nak pegi pulak.