Rabu, 25 Ogos 2010

karangan jiwa.

dia terlalu teruja bila cerita tentang hal orang.
dia terlalu taksub bila mengata itu ini.
tidak mengapa katanya.
asalkan dia rasa puas.
walaupun entah siapa2 yang lalu dihadapanya,
turut dijadikan bahan.
asalkan dia boleh ada-adakan topik.
untuk bercerita.
agarkan suasana antara mereka2 tidak terlalu boring.

dan apabila hal dia disentuh.
dia melenting.
lalu mengatakan mereka2 semua tidak paham.
lalu mengatakan kawan2 semua tidak mengerti.
dan bila ditanya mengapa begitu,
dia diam.
bukan tanda marah kerna orang mengambil tahu hal dia.
bukan tanda malu kerana sifat peribadinya.
kerana kesal.
kesal kerana tidak mampu memberikan gambaran jelas akan keaadaan dirinya sendiri.
dia rasakan, segala apa yang kamu2 katakan tentang dia,
segalanya salah sama sekali.
segalanya palsu belaka.
kerana menurutnya,
tiada satu antara kamu2 mengenali dia sedetailnya.
jika dilihat dari sudut fizikal,
dia serba lengkap.
oh. orang kata, dia ada keluarga yang senang.
keluarga dia boleh membantu.
oh. dia ada itu sebab mak dia bagi duit.
dia ada ini sebab bapak dia bagi.
ok. kalau saya jadi dia, dah tentu saya tak payah bersusah payah bekerja.
mungkin dia punya impian lain. dan kalian tidak nampak.
dia nekad untuk tetap tidak akan memberitahu kenapa dia marah bila dikatakan sedemikian.
menurut dia, jika mau diceritakan.
pasti x cukup muka surat..
yang pasti,
yang selalu dia katakan.
belum ada yang pernah memahami dirinya..







Rabu, 11 Ogos 2010

masih berasa begitu

hari ni 1st day berpuasa.
selamat berpuasa kepa da semua.

saya nak umumkan sesuatu ;
saya sudah bekerja.
di sebuah hospital swasta seremban.
dan hari ini, hari kedua saya di night shift.
oke2 aja.

ada orang tanya,
kenapa kau tak nak sambung belajar?
aku? nak jawab pun malas.
sebab kalau aku cerita kamu2 orang semua bukan faham pun.
dan kalau masalahnya duit,
bukan main korang suggestkan badan2 Along untuk aku pinjam.
duit bukan masalah utama sebenarnya.

syarat kemasukan untuk ke degree farmasi adalah 3.8 pointer diploma farmasi ok.
dan aku takde. so memang sah2 aku tak leh buat kat malaysia.
kalau nak buat pon kat indon. paling dekat.
+- RM47000 untuk 1st year. dan mesti setel. sebab nak siapkan visa etc.etc.
dan aku takde.

so aku buat keputusan kerja dulu.
kumpul duit, sambil2 bayar ptptn.
aku dah sain 2 thn kontrak.
so aku bajet leh laa aku kumpul sedikit sebanyak.
dalam masa 2 thn.

dan selepas itu,
aku sambung dimana2 rezeki aku.
biar jauh, biar dekat.
dan bila aku pergi,
aku janji tak akan mengganggu kamu2.
sepi......

Khamis, 5 Ogos 2010

masa kecik2 dulu, cita-cita saya nak jadi lelaki

supaya, orang hormat dekat saya. sebab saya lelaki. 
supaya nanti bolehlah saya ada girlfren yang sangat sayang dan cintakan saya.
supaya saya dapat menjaga gelfren saya masa demam
supaya bila dia batuk, saya bolehlah suapkan ubat batuk. depan orang ramai pon saya sanggup.
dan kalau dia melawan, bolehlah saya tunjal2kan kepala dia.
walau depan orang ramai pun. saya buat.
sebab saya kan lelaki. saya boleh buat apa yang saya suka.


haha. tapi semakin besar, saya dah ubah cita2.
nak menjadi seorang farmasis yg berjaya.
semoga-semoga jadi aja.



p/s; perenggan satu tiada kena mengena dengan saya