Isnin, 26 Julai 2010

saya bangga saya ;

bangga ini bukan bermaksud bermegah-megah.
niatnya bukan mahu menunjuk-nunjuk.
tapi satu perasaan puas yang sangat.
manakan tidak,
jika selalu yang kita buat bukan kehendak sendiri.
katanya disuruh-suruh.
tapi diakhir cerita, dia dapat habuannya.
dan melihat ibu bapa gembira, dia bangga.
langsung kata-kata paksa menjadi rela.
dia berjanji, untuk terus rela dalam segala yang dilakukan.
dia berjanji pada dirinya sendiri untuk selalu mendapatkan senyum bangga dari ibu bapanya.
ya, itu janji dia.
kita disini, menjadi saksi.
semoga kau berjaya.


saya bangga dengan apa yang buat sekarang

Sabtu, 17 Julai 2010

asing di tempat sendiri

hati aku kosong.
otak aku kosong.
rumah aku, sepadat2 rumah,
masih aku rasa kosong.

berbiacara hal sendiri?
hanya pada diri sendiri.
berbicara hal orang?
masih dengan diri sendiri.

yang aku ada.
aku.
ya.
aku. seorang.




Rabu, 14 Julai 2010

tambahan 21?


terima kasih laa untuk nyayian sedap suara awak. saya tak kisah tak da hadiah.janji awak ingat. 
tapi bila awak bagi saya kotak tu, saya cam terperanjat. Sebab saya x expect apa2 dari awak.
terima kasih banyak2 ye encik shahfiq.
semoga sukses selalu.



oh. isi kad kamoo sangat terharu.
terima kasih banyak-banyak.
sayang kamu.



Ahad, 11 Julai 2010

21?

10 julai 2010. yer, 21 tahun sudah aku hidup. terima kasih kepada semua kerana masih membenarkan aku hidup dimuka bumi ini. tiada apa yang spesel tanggal 10 julai ini melainkan :

  - jam casio pemberian mama pada malam birthday-


surprise besday party di malam hari keluarga kolej kejururawatan seremban.
buat pertama aku jumpa kek bertulis nama aku sendiri.
siap ade budak2 koir anak2 makcik kolej nyanyi besday.
huh. terharu. tenks mama.


                                     
oh. ade lagi satu hadiah. dari papa. sangat simbolik dan aku akan terus melengkapkan simbolik itu. sementara masih ada ruang untuk aku melengkapkan segalanya.

rantai emas + buah kunci 21
harta pertama aku laa. (konon)

hahaha. tak sangka umur 21 baru dapat kek dan hadiah. hahaha. selama ini hari besday dok tersorok kat umah sambil mengenang nasib diri jer. hahahaha...

last but not least:
terima kasih kepada semua yang wish hari lahir saya.

Khamis, 8 Julai 2010

akhirnya.

lega.

dan setiap kelegaan,
punya rintangan sebelumnya.
tak perlu bercerita tentangnya.
kerana kisah ini sudah berakhir.
malam ini.


salam

Jumaat, 2 Julai 2010

UPSR ; PMR ; dimansuhkan?

makin pemalas laa orang2 sekarang.
sebab tak da exam,
dan.
makin senang idup cikgu2.
tak payah susah payah nak mark paper.

dan yang lainnya :

tak ada yang boleh dibanggakan :
tak ada simpanan kenangan untuk bagi tau anak2,
"mak stret A taw!"

bagi saya :
semuanya adalah negative.

polititk? oh. tidak.
ini pendapat.

Khamis, 1 Julai 2010

boleh saya mintak tolong?

sejak beberapa jam lalu, sejak saya terima panggilan itu, saya baru sedar yang sebenarnya saya ini seorang yang sangat beruntung kerana dikurniakan jalan hidup seperti ini.

sering saya bebelkan yang hidup saya bosan, tanpa ini, tiada itu, dan setiap apa yang datang saya pandang remeh dan kecil seperti ia langsung tidak bermakna.

tolong ingatkan saya,
; jika  saya saya lupa diri suatu hari nanti
; jika saya sering mengeluh dengan setiap yang saya ada
; jika dengar kata2 tidak bersyukur dari mulut saya

dan tolong ingatkan saya
; yang sebenarnya, saya seorang yang bertuah kerana jalan hidup saya.

tiba-tiba terfikir tentang ini semua, kerana saya baru terpandang satu sudut yang seboleh-boleh mahu memberitahu saya sesuatu ; apa yang kau ada, selalunya lebih

saya cuba menghargai.

ya.
saya cuba.