Jumaat, 25 Jun 2010

rockers? mestilah tak.

pada suatu pagi yang petangnya aku ada test, aku bangun untuk balik ke asrama yang paling tak best dalam hidup aku. nak tak nak aku kena bangun dan balik. nasib! kebetulan papa ada kelas pagi kat UKM. So, aku tompang la die sampai komuter UKM. saving sket. leh makan banyak2. heheheh.

sesampainya kat UKM, orang pandang-pandang aku macam aku tak mandi pagi ( bodoh ya! kan memang ko tak mandi pagi). Lantaklah. Orang bukan tau pun kalo aku tak bagi tau. aku selambe badak je tunggu tren kat UKM tu. sape nak kutuk tu, silakan. 

Pastu tak lama kemudian, ada pekerja KTM tu tegur aku. Kak, akak dah lama main piano?
"gulp"!! tertelan air liur aku yang banyak nih! "bila masa pulak aku main piano? " aku buat muka tak mandi je. malas nak layan. 

Pastu tren pun sampai. Cam biasa, aku wat muke selambe aku. Bukan ada orang kenal pon.. Hahaha.. Pastu lame2 aku rase x berapa nak selesa. Ada sorang mamat ni sek pandang aku je. Pastu die carik peluang nak cakap ngan aku. "adik dah lama main musik?" aku senyum je. Malas nak panjang-panjang sebab aku belum mandi lagi. Pastu mamat tu bukak mulut lagi. " adik selalu 'jim' kat mana?". oh. aku terdiam. agak2nye jim ape yang mamat tu maksudkannye ye? oh. mungkin dia nak cakap jem/gig agaknya. So aku cakap saya main kat umah je bang. Pastu nasib baik tren cepat2 hantar aku ke tasik selatan. kalau tak, aku dah tak reti buat muka tak mandi dah...

Sampainya b.t.s, aku terus naik bas.. naik, naikn je dah kene tegur dah ngan abang drebar bas rapidkl. "adik ni rockers ke?" aku wat muke penat. malas dah nak layan. dan aku melayan perasaan dalam bas dengan harapan cepat sampai ke destinasi cinta. Hahaha.. 

Akhirnya : Bas berhenti di perhentian bas kawasan asrama aku. Aku turun je aku nampak sorang manusia yang aku cam kenal tengah tunggu bas kat bahagian seberang. Mandangkan aku pun nak beli benda makan, aku gi laa seberang sana sambil bertegur sape ngan manusia tadi. ayat pertama keluar dari mulut dia : " cam rockers la kaw". aku langsung cam xde mood. aku beredar!

aku rasa cam nak jerit. :

"apa korang dah janji ke nak panggil aku rockers pada hari aku balik asrama dengan keadaan tak mandi?"

hahah. ter-emo plak.

pastu aku jalan laa nak masuk asrama. dari jauh aku nampak sebiji kereta savvy mekap cantik punye warna merah. kereta tu selalu aku nampak. sapa entah aku tak kenal. tapi setibanya aku lalu, aku nampak sorang mamat berspek nerd, rambot jegang rebonding tengah meng-adjust kemera dslr nya. yang aku nampak menghala ke arah aku. sebab aku pandang sekeliling tak ada sapa pun.
aku blah gitu aja. sebab dah tak ada mood. dan sebab aku tau, mamat tu ada je sekitar-sekitar asrama kau ni. lambat laun ketemu jugak. 

dah laaa... banyak sangat aku membebel. macam orang tua!




ada macam rockers ke? tak kan? mandai je dorang.!!

6 ulasan:

  1. tu blom ko bawak gitar ko lagi..
    entah ko ade pos kat fesbuk ''sila tegur saya sebagai rockers besok" kot...
    hahaha

    BalasPadam
  2. aku bawak gita la beb. sebab tu budak ktm tu tanye aku akak main piano? giler ke hape.

    BalasPadam
  3. ooooo, bodo. bawak gitar tapi cakap main piano.hahahahha

    BalasPadam
  4. Bas berhenti di perhentian bas kawasan asrama aku. Aku turun je aku nampak sorang manusia yang aku cam kenal tengah tunggu bas kat bahagian seberang. Mandangkan aku pun nak beli benda makan, aku gi laa seberang sana sambil bertegur sape ngan manusia tadi. ayat pertama keluar dari mulut dia : " cam rockers la kaw". aku langsung cam xde mood. aku beredar!

    - ini gua tau,hahaha!

    BalasPadam
  5. green : bukan kitaro tp gitaro. hahaha

    w : sila take note. hhahah

    BalasPadam

terima kasih sudi komen-komen.